Saturday, January 8, 2011

New Beginning, Old Chapter

Assalamualaikum semua.

Ehem ehem. Dah masuk tahun baru. Semester pun dah baru. Dari sudut matematiknya,

Tahun baru: 2010 + 1 = 2011
Semester baru: 04 + 1 = 05
Kesimpulannya: 22 + 1 = 23tahun dah aku nie!!

Aduhh. Kalo aku cakap kt org laen umur dah 23tahun. Sah2 la diorang x kan percaya punya. Yela, muka macam gadis 17tahun. Xpe, semua tue nombor semata-mata kann. ^,^

Sempena tahun baru nie, memang wajib ada resolution ke? Xmau buat azam baru xpe? Sebab nanti azam2 tue kecewa pulak sbb x dapat capai apa yg diorang nak. Ngehngehngeh. Xpe, buat jela kan. X rugi pun. Rugi kalo x buat je kann. Tapi tunggula 2 3 minggu lg baru aku buat. Muahaha.

Sempena semester baru nie jugak, aku try apply kolej. Nak ubah haluan duduk kolej pulak kan. Asyik dok rumah sewa je. Huhu. Alhamdulillah, aku dapat setelah 3 hari menunggu keputusan rayuan kolej. Kolej tue pulak dekat sgtla dgn fakulti aku nie, so alhamdulillah lg ((: Apa lg, bila dah tengok ada nama aku kat papan kenyataan tue, cepat2la pegi daftar masuk. Daftar cepat2la sbb xnak dapat tingkat atas2 kan. Hehe. Malangnya, nasib x menyebelahi aku. Dapat tingkat 4, dah palinjg maksimum dahla tue. Kebetulan blok tue xde pulak lif kan. Perghh. Menguji aku nak angkat barang nanti. Xpela, dapat kolej pun dah bersyukur sgt ((:

Tapi sempena minggu nie, aku x dapat lg nak spend time kat kolej. Poyo je. Hihi. Sbb makteh aku ajak temankan dia malam nie sbb pakteh aku nak pegi tengok Konsert Jamal Abdillah kt Istana Budaya malam nie. Peminat setia tau. Seat depan kot. Hehe. Awat makteh xmau pi tengok sekali? Makteh cakap kalo Konsert Anuar Zain maula. Haha. Ok dah paham.

So, selamat bercuti hujung minggu semua.