Tuesday, April 12, 2011

Eden Lake: Movie Review

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, settle jugak akhirnya presentation group aku hari nie. Setelah 2 malam kot berhempas-pulas. Boleh caye ke?? Ngeee.

Oklah, ada cite yg hampir-hampir nak basi dah nie. Tapi disebabkan effect yg dashyat, sampai bila-bila mesti aku ingat cite nie. Ok dah, termelalut panjang pulak.

Cite yg aku maksudkan tue sebenarnya nak bagi review pasal movie aku tengok 4 malam lepas. Tapi pasal effect tue memang aku x tipu, melampau-lampau weh. Tajuk movie tue, "Eden Lake". Mati-mati aku ingat nie cite tangkap leleh punyer. Haha. mesti ada yg dah tengok kan?? Ada rasa macam aku rasa x??

Nie haa poster cite tue.

X silap aku cite nie tahun 2008 kot. Ala, xdela klasik lagi kan. Ampa nampak kan kat poster cite nie ada gambar sorang awek dgn satu geng budak-budak x matang. Ampa jgn ingat x matang tue x matured. Haha. Samseng kot budak-budak nie tambah-tambah leader depa, Brett. Yg si awek tue pulak Jenny. Jenny nie ada pakwe nama Steve.

Niela geng budak-budak otak x berapa nak center. Menyampah.

Nie laa si Brett kononnya leader geng samseng tue. Menyampah weh!

Couple nie pegi bercuti kat Eden Lake niela. Eden Lake nie dulu kononnya tempat femes org dok makan angin tapi dah x femes dah la nie. Eden Lake nie jugak tempat geng tue melepak dah ala-ala macam tempat bapak depa. Menyampah tengok. Berlagak macam orang besar.

Si Brett nie ada seekor anjing nama Bonnie. Entah macam mana ntah nanti, si Steve terbunuh si Bonnie gara-gara nak ambik kunci keta dia yg budak-budak tue curi. Jahat betoi. Pantang orang tegur sikit.

So, start dari sinila terjadinya aksi-aksi berkejar-kejaran, ligan-ligan. Huhu. Budak-budak nie memang ganas giler. Nak cite pun x sanggup, ampa tengokla sendiri. Sampai satu tahap tue, aku pikir kalaula aku terjumpa budak-budak tue, macam nak koyak-koyak je mulut sorang-sorang. Meluat giler.

Pastu si Steve pun amti sebab hilang darah kot, so tinggalla awek dia sorang si Jenny. Si Jenny nie dari lemah-lembut terus jadi ganas. Mana tak nya, jumpa ja salah sorang budak tue tikam je terus. puas hati.

Tapi, ending dia x berapa nak puas hati sangatla. Memang x puas hati. X maula cite kat sini. X surprisela u. ^,^ Ingatkan kot-kot ada la sambungan cite nie, Eden Lake 2 ke. Hehe, tapi hampeh. Rupanya, budak-budak nie jadi macam tue sebab parents pun lebih kurang ja. No wonderla kan.

Apa pun, tenkyu to roomate aku, Dayah sebab membekalkan cite nie. Hehe. Tenkyu ye Dayah. ^__^
Overall, aku boleh bagi 3.75 bintangla. Yg selebihnya tue kes x puas hati dgn ending dia. Geram-geram.

*tenkyu uncle Google for da pics.

Tuesday, March 22, 2011

Seronoknya dapat baby.

Assalamualaikum.

Dah berdebu bersawang habis belog usang nie. Apa nak buat, tuan dia pun dah sama level. Keja bertimbun-timbun melambak belakang aku. Kalo melambak kat depan maula jugak aku buat. ~_~"

Hipotesis yg aku dapat dari semua nie:
Semakin banyak keja yg aku dapat, semakin menjadi-jadi kemalasan aku.
Sekian. ^_^

Well, sepanjang siang hari nie hujannnn je. Sejukk je. Apa lagi, ngantukkk je. Berat je mata. Sayu je muka. Lemah je badan. Ok stop. So, saat2 macam nie terkenang-kenang, terbayang-bayang, termimpi-mimpi katil,tilam,bantal dan selimut. Uihh, xdak selimut x best jugak tido. Macam xdak makna. Hahaha.

But at the same time (nak speaking mat salleh pulakla), i was thinking about my friend's condition. Ok dah takat tue je speaking. Kawan aku sekarang ada kat wad bersalin. Dari semalam lg kena tahan dok kat wad. To Liza, be strong ye my dear. InsyAllah, moga Allah permudahkan proses kelahiran baby sulung ang. Moga mummy dgn baby selamat dan sihat. Ameenn. (xsabar nak tunggu husband dia mms gambar baby dia, hehe)

hello blogger. saya la bakal baby comey tuan belog nie. ngeeee.

mummy oo mummy. jgnla malas2 update belog. nanti baby fenin. ^,^

Dan satu (lagi?) sejarah telah tercipta dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelajar. Aku dan group aku x prepare apa-apa pun selain lukisan cincai untuk presentation ptg td. Hebat. Syabbas mere bette, syabbas!! Lukisan yg dimaksudkan ialah lukisan yg dibuat dalam Paint yg memang x cun. X sesuaii tau. Huhuu. Sekali tengok group lain, tudia aihh. Dan-dan baru kalut nak buat mcm depa tapi x copy sebijik-sebijik hokeyy. So, akibatnya lecturer suruh balik buat bagi kemas-kemas, bagi dia senang nak paham and submit minggu depan. Yeaahh. Keja bertambah lagikk. Nak lagik, nak lagik. ^.^

Untuk minggu nie, x silap aku ada lagi 3 keja nak kena submit. So, kita enjoyy dulu.

Bubyeeee.

Friday, February 18, 2011

Abg Ben - Mr. Make-my-Day

Assalamualaikum.

Awat?? Apa abg Ben Ashaari buat kat aku dah nie? Jeng jeng jeng. Bikin panas boleh pulak aku nie. Ampun ye abg Ben. ^__^

Haa. Tu diaaa. Tue tuee. Nampak dak tue kat no 14 tue. Hihi.

Dok sengih x habis-habis lg nie. Ngeee.

Kepada abg Ben, tenkyu sbb bagi peluang utk url blog saya menempek kat entri abg Ben. Hihi. (Blushing sbb syiok sgt) You just make my day!! ((:

Kepada blogger-blogger semua yg ada dalam list ataupun tidak, tungguu. I will follow you..hehe.

Bubyee.



Saturday, February 12, 2011

Acar Buah

Assalamualaikum.

Acar buah? Ada apa dgn acar buah? Nak bagi resepi ke? Ngeee. Bertuah. Aku nie makan acar buar tererlaa. Ada kisah nie pasal acar buah dalam hidup aku. Tapi xdela vogue mana pun kisah die. Haha. Dulu time aku kecik2 sampaila meningkat remaja (ewahh), aku memang nehi kabhi nehi dgn acar buah nie. Jangan cakap x makan, tengok lagila xmau. Kesian dia. Tapi entah apa yg acar buah dah jampi kat aku. Fuhh fuhh fuhh. I reallllyyy like it now!!

kpd sesiapa yg x tau pn mcm mana rupanya acar buah. nie dia.
crdt to: uncle google

Tiba-tiba aku teringat balik. Dulu bila kwn2 tanya kenapa x makan acar buah. Aku dgn nada yg sgt2 gedik cakap "No way. Xmaula mkn. Xmungkin kot." Huh, menyampahnya aku bila ingat balik. Memang dasar cakap besar, padan muka aku. *___*

Tapi xpe, belajar dari pengalaman kan. Tapi tue semua pengalaman ke?? Huhu. Hentam jela. Yg penting skrg aku dah angau dgn si acar buah nie. I lap u. I always want u. Ngeeee.

Ok, tue baru cerita -ve to +ve kan. Mai nak cerita yg +ve to -ve pulak. Huhu. Xmau cerita la. Nak buat list pulak (sbb banyak kot).

1. +ve: Dulu minat gila dgn milo. Semua makanan/minuman yg ada kaitan dgn milo. Sanggup ratah je milo tue kalo dah bosan sgt.
-ve: skrg dah x minat gilaaaaa dgn milo. Sory milo. I dah bosan dgn u kot. Hihi.

2. +ve: Dulu minat gila mkn pajeri. X kisahla pajeri nenas ke pajeri terung ke. Semua aku hentam. Sampai tok selalu masak pajeri bagi aku makan sbb dia tau cucu dia nie hantu pajeri.
-ve: Oh nooo. Tolong jgn letak pajeri tue dkt aku. Peninggg. (mengada-ngada).

3. Hmmmmm. Nampak gaya 2 tue je kot setakat nie. Hehe. Kononnya list mcm banyak sgt kan. Ampun. ^,^

Okla, nak study. Rabu nie ada test. (nampak sgt x boleh dipercayai,huhu) Bosan tunggu kelas pukul 2 satgi, one and only class for today pulak tue. Besok cuti lagikk. Selamat menyambut Maulidur Rasul semua. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W (pesanan utk diri sendiri jugak).

Bubyeee.

p/s: tengah angau dgn show "Running Man". Commander Kook and the two kids. Suwitt.
p/s: tengah pikir awatla aku nie malas betoi nak berbelog tapi teringin nak ada blog. -_-"
p/s: dah start busy dgn fyp. mcm manala nak handle semua tue.

Saturday, January 8, 2011

New Beginning, Old Chapter

Assalamualaikum semua.

Ehem ehem. Dah masuk tahun baru. Semester pun dah baru. Dari sudut matematiknya,

Tahun baru: 2010 + 1 = 2011
Semester baru: 04 + 1 = 05
Kesimpulannya: 22 + 1 = 23tahun dah aku nie!!

Aduhh. Kalo aku cakap kt org laen umur dah 23tahun. Sah2 la diorang x kan percaya punya. Yela, muka macam gadis 17tahun. Xpe, semua tue nombor semata-mata kann. ^,^

Sempena tahun baru nie, memang wajib ada resolution ke? Xmau buat azam baru xpe? Sebab nanti azam2 tue kecewa pulak sbb x dapat capai apa yg diorang nak. Ngehngehngeh. Xpe, buat jela kan. X rugi pun. Rugi kalo x buat je kann. Tapi tunggula 2 3 minggu lg baru aku buat. Muahaha.

Sempena semester baru nie jugak, aku try apply kolej. Nak ubah haluan duduk kolej pulak kan. Asyik dok rumah sewa je. Huhu. Alhamdulillah, aku dapat setelah 3 hari menunggu keputusan rayuan kolej. Kolej tue pulak dekat sgtla dgn fakulti aku nie, so alhamdulillah lg ((: Apa lg, bila dah tengok ada nama aku kat papan kenyataan tue, cepat2la pegi daftar masuk. Daftar cepat2la sbb xnak dapat tingkat atas2 kan. Hehe. Malangnya, nasib x menyebelahi aku. Dapat tingkat 4, dah palinjg maksimum dahla tue. Kebetulan blok tue xde pulak lif kan. Perghh. Menguji aku nak angkat barang nanti. Xpela, dapat kolej pun dah bersyukur sgt ((:

Tapi sempena minggu nie, aku x dapat lg nak spend time kat kolej. Poyo je. Hihi. Sbb makteh aku ajak temankan dia malam nie sbb pakteh aku nak pegi tengok Konsert Jamal Abdillah kt Istana Budaya malam nie. Peminat setia tau. Seat depan kot. Hehe. Awat makteh xmau pi tengok sekali? Makteh cakap kalo Konsert Anuar Zain maula. Haha. Ok dah paham.

So, selamat bercuti hujung minggu semua.

Thursday, December 9, 2010

Hyper Ketaq ;p

Assalamualaikum semua.

Dah kenyang? Hehe. Mentang2 aku br lepas makan kan. Malam nie makan megi je. Malas nak masak benda laen dah, megi je aku rajin. Huhu. Petang tadi pi makan kenduri. Macam2 dugaan betol nak makan nasi minyak nie. Sesat jalan cari rumah kenduri x jumpa. Pening. Dok marah2 kat map kad jemputan tue. Kiri kanan pun x betol dah. Macam xmau bagi kami makan ja. Huh.

Ok next. Dah kenyang xmau elaborate dahla pasal makan kenduri tadi. (Berlagak,haha)

La nie aku tengah ketaq. Ketaq?? Nervousla u. Haha. Poyola i.

Tenkyu uncle Google. Mmg muka aku dah jadi purple nie. ;p

Well, pagi tadi kat fb pakat dok kecoh2 result exam dah keluar. Bikin saspender betol. Pulak tue mmg sah2la nak bukak student portal x boleh kan. Awatla yg ampa berebut sangat. Cikgu x penah pun ajaq macam tue tau. Buwekk. Haha.

Pastu, ada kawan aku nie post kat fb macam nie.

" to those yang da complete SuFo tapi system cakap still ta complete please check again after 9p.m sebab system akan update 9p.m ni. official result keluar esok pagi. td diaorg just testing display ok ke tak and skrg ni server da tutup. please inform others. :) "

Hah, boleh pulak kan. Xpa, aku ok jekk. Padanla sbb aku x try bukak student portal pun. Hihi. Tapi sapa yg dah boleh check tue mmg lega la kan. X payah dok ketaq2 dah kan. Kepada mereka2 yg dah check yg dapat result yg membuatkan anda tersenyum, tahniahhh!! Banyak mana yg kita usahakan, banyak tuela Allah bagi sesungguhnya Allah itu Maha Adil lg Saksama. Syukur alhamdulillah ((;

Ok next. Xmau ketaq2 dah. Huhu.

Petang tadi masa on the way balik rumah. Ada satu roadblock. Macam biasa sebelum sampai kat tempat tue akan ada orang jalan bertentangan "bagi lampu". So apa lg, kalut2la pakai seatbelt apa macam. Oops. Kantoi. Hehe.

Pastu, dgn berhemahnya adik lelaki aku cakap macam nie.

"Orang kita nie prihatin kan. Tapi budi bahasa kurang."

Oops. Dari pandangan seorang budak 13tahun. No komen. Hehe.

Ok next. Ehh, xdak next dah. Ampun. Hehe.

Bubyeee.

Tuesday, December 7, 2010

Aku Sukaa.

Ehh. Tetiba ja aku rasa sukaa. Puass. Haha. Akhirnya dapat jugak aku mengedit apa yg aku teringin. Last2 macam niela yg aku nakk. Hihi. Macam sukaa ja kaler2 br blog aku nie.

Explanation kaler blog aku yg br nie. Benarkan aku nak berperasan sorang2 kat sini. Warning: Kepada sesiapa yg cepat rasa mual sila muntah cepat2 ya. Dah habis bc sambung balik muntah ok??

Kaler outer background: Pink - menggambarkan aku yg lemah-lembut, sopan gitu. Kihkih.
Kaler main background: Grey - walaupun lemah-lembut di luar jgn ingat dalaman pun sama. Auwww.
Conclusion: Luaran lemah-lembut, dalaman hati keras tapi ada jugak yg lembutnya pabila kaler pink & light brown bergabung di dalam kaler grey.

Ok tamat. Muntah balik. Huhu. Aku nie mmg sukaa merepek. Ampun ya. Hehe.

Ok, x merepek dah. Aku dapat award nie. Betol2 nie. Huhu. Tenkyu kpd miss Atikah. Happy Bdayy!!


Salam Maal hijrah semua. Semoga diberkati dan dilimpahi rahmatNya sentiasa.
((: