Monday, November 29, 2010

Fuhh Fuhh.

Ehh, jgn salah paham. nie bukan jampi serapah tau. Tapi keluhan seorang gadis yg penat melayan tetamu. Uhuk. Penatt wehh. Letihhh. Lenguhh satu badan. Adoila, nie br kenduri kecil-kecilan. Kenduri adik aku bersunat je punnn.

Eish, macam manala kenduri kawen aku nanti ye. Ehh, apa susah katering kan ada. Nak ambik full pakejla. Haha. Sapa pun x payah susah2 nak pi mai pi mai. Family pun x yah nak tolong jamu makan ka, tolong refill laok ka, tolong buat air ka. Cuma layan tetamu ja. Senyuman tue penting so bila kita x penat buat keja bolehla kita senyum dgn ikhlas kat tetamu yg mai nanti. So tetamu pun x rasala macam kita terpaksa senyum. Huh, mmg pikir habis-habisan aku nie. Yela, kenduri kawen aku nanti jd kenduri kawen first yg kena handle. Syok, hehe.

Tapi kann, aku macam teringin pulak nak buat kat dewan. Dengar cita kalo buat kat rumah kos dia lg tinggi drpd buat kat dewan. Betol jugak kan. Kalo buat kat rumah confirm2la nak cat barula, nak buat curtain barula, nak beli perabot baru lg. Hadoii, mmg banyak kos sume tue. Yela, mcm raya jugak kan nak tukar macam2. New look u'ols.

Tapi jugak kann, ada org cakap buat kat rumah lg meriah, happening. Happening sampai ke malam. Happening sehari suntuk. Entah2 ha"pening", penatt sampai x hengat dunia dah. X taula, xdak experience lg. Hihi. Well, I kan anak sulung sah2la kenduri nie nanti kenduri kawen first untuk family aku jugak. Selalunya kenduri anak sulung nie grand. Kihkih. Mana mau cari duet grand2 nie?? Buat loan?? Haha.

Dah tue, confirm2 jugakla si pengantin kena ayu berseri cun melecun solid-molid gitu. Auuww. X tahan. Satu pun aku x boleh nak achieve lg. Haha. Well, xpa. Banyak masa lg kot nk selim (selimla sgt kann).

Haish, nak buat kenduri kawen aku kat mana nie. Rumah terchenta ka dewan?? Sudahla, buat dewan belakang rumah lg senang. Buwekk. (Maaf, akal fikiran aku kurang stabil sbb penatt)

Tue ja aku nak merepek-meraban untuk post kali nie. Gnite u'ols.

*Aku la nie tengah gila mkn ikan termenung goreng (xtau ka ikan termenung tue ikan apa, try tanya uncle Google) cicah dengan mayonis. Sedapp. Calitt sikitt. Yeah.
:p

Friday, November 26, 2010

Hate This.

Kenapa bila aku pikirkan pasal something yg aku mesti buat, i ended up doing nothing. Pening. X paham apa yg aku nak sebenarnya walaupun akal aku dah pilih option yg memang org laen pun akan buat. Macam x matured pulak. Hish, x paham betolla. I really really want to do the same as others but I ended up leaving other people talking 'stuff' about me. Sangat-sangatla x sengaja but I dont blame them at all.

X suka bila feeling mcm nie.

)':

*Ya Allah, tunjukkanlah kepada hambaMu ini ke arah jalanMu yg lurus lg benar.

Thursday, November 25, 2010

Mission coming soon.

Assalamualaikum semua. Apa perkembangan terbaru berat badan anda? Setelah menjamah pelbagai jenis masakan berasaskan daging korban alhamdulilah, berat badan aku maintainnn.

Ahaks. Tipu belaka. Macam manala aku nak sihat walafiat kalau asyik dok makan ja. Sihat tue memang dok sihat dah tapi sihat dr segi berat yg semakin lama semakin menjadi-jadi. Huh, sampai bila harus begini? Nak pakai bj pengantin nanti mestila mau ada cutting badan yg cun tapi keadaan skrg mcm dah xdak cutting. Salah siapa semua nie? (sambil menggelengkan kepala,huhu)

Masa menghabiskan masa menghadap fb, aku ada terbaca pasal pati delima. Tapi just highlight a few statements,hehe.

"Buah delima, antara ciptaan Allah yg banyak memberi manfaat utk kesejahteraan hidup manusia.. "

- Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsingkan badan ((:
- Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan
- Melegakan masalah pening kepala
InsyaAllah..

Credit to K.Yatt. Nak tau dgn lebih lanjut atau nak cuba try terus klik sini.

Hah, apa lg. Teruja betol nak try. Hehe. Tapi sang duetku yg x mengizinkan skrg nie. Tunggula u, dah ada duet ramai nanti nak rembat banyak2 botol. Boleh??

Tuesday, November 16, 2010

Sejukk sijukk

Sejukk wehh. Macam dok bercuti kat Korea pulak, heheh. Eh, betoila Korea nie, Pengkalan Hulu Korea. Haha. Tapi mmg sejuklaa kat sni. X payah susah2 nak pi cameron ka genting ka. Sini dah cukup syarat dah. Sejukkk. Berat jugak kes aku nie sampai mata aku terpaksa berkorban dok depan laptop paksu aku nie(laa,pinjam ka).

Sebenarnya, mai melawat sepupu terbaru I kat sini. Biasala, I kan sepupu plg senior, hihi. Nama dia Muhammad Irfan. Dijamin comey ok? Alhamdulilah dah sihat dari demam kuning minggu lepas. Kesian dia.

Oklah, paksu aku nie dok x diam dah nak ambik balik laptop dia.

Gnite u'ols. Or should I say Gud Mornin?? ((:

Sunday, November 14, 2010

Hari Gelak Ketawa Sedunia =))

Perghh, tajuk post x mau kalah punya. Hehe.

Rupa-rupanya baru aku perasan untuk setiap semester dua kali ja post ja kat blog nie. Adoiilaa. Memang xde bakat berblogging aku nie. Apala nasib. Tapi rasanya bukan sbb xde bakat kot (perahsantanlaa) cuma Auntie Ma(Las) yg selalu contact dgn aku. Kihkihkih.

Ok, back to the title. Hari Gelak Ketawa Sedunia aka World's Laughter Day. Tapi rasanya kat Graduation/Open Day budak-budak Tadika Nurul Ashikin Ampang ja kot. Hihi.

Apa kena-mengena I nie dgn budak tadika? Cikgu depa ka? Owh no no. Cuma penonton tadi ja. Dijemput okay, haha. Yg dashyatnya, buat kat auditorium. Fuhh, aku dulu buat kat dewan tadika ja (lagi hebat tadika ada dewan,haha). Sebenarnya sepupu aku (boy,ok) salah seorang penuntut di situ (poyoo je) so apa lg, nak meraikan budak-budak tula kan.

Sebaik saja menjejakkan kaki ke dalam auditorium yg serba romantik tue, kosong. Xdak sapa pun mai lg. Rupa-rupanya, awal 5 minit (300saat je punn). Tapi xpala disebabkan dewan yg sejuk, kite cool je kan. Hehe.

5minit lepas tue, maila geng-geng sepupu aku nie. Mula dahhh. Serabut kepala. Sat sini dok panggil syamim, sat sana dok panggil pulak dah. Lari mcm dgn baru boleh berlari. Adooiiilaa. Patutla aku x boleh jd cikgu tadika, surrender awal-awal lg.Cikgu tadikala yg paling berdedikasi (setuju?).

Majlis start 45minit lepas tue. Biasalakan, nak handle budak-budak tue lg, nk prepare benda lain lg kan. Xpa, hari nie Hari Kool Sedunia jugak. Hihi. Budak-budak nie semua kena ready belakang stage sbb nak buat persembahan satgi. Bila majlis dah start, sampaila time nak menyanyi lagu Negaraku. Ada jugak parents yg excited sbb dah lamaa x nyanyi katanya (eish eish). Bukak ja tirai stage tue nampakla muka si Syamim nie dok depan sekali sbb dia budak Junior4(4thn).

Siap dgn pakai baju melayu dgn gantung kain pelikat kat bahu, memang klasik. Hehe. Tengah dok nyanyi tue ada budak laki sebelah Syamim nie muka memang lawak. Muka x manis dah, nervous terlampau. Haha. Yang si Syamim nie muka excited terlampau. Babai habis satu auditorium tue.

So, lepas tue startla persembahan budak-budak tue by group ikut kategori umur. Mula-mula di informkan ada 12 persembahan semua. Tengok budak-budak tue menari, memang gelak x hengat rumahla (dunia besar sgt,hihi). Memang x boleh tahanla walaupun aku tau aku nie lg la x reti menari atleast biarla aku gelak kat budak-budak tue dulu kot2 nanti depa tengok aku menari depa confirm gelak punya. Huhu. Yang bestnya, tarian sabah ada sorang budak laki nie dia buat tarian ombak. Haha. Lucuuuu.

Bila tibanya saat untuk persembahan last sekali, mulala makteh dgn pakteh aku cuak. Nervous mengalahkan kena dok atas stage. Nervous kat si Syamim nie sbb dia nak buat persembahan tarian Michael Jackson. Kat rumah tau dok menari MJ ja. Siap bila nak makan suruh suap dia cakap "Cepatla kakak. Michael Jackson nak makan nie." Syamim oo Syamim.

Teacher dia suruh dia menari lagu Billie Jean. Apa lg, semua parents kat situ excitedla nak tengok. Lagu pop zaman dulu kot, hehe. Bukak ja tirai stage, tudia. Dgn topi hitam, spek hitam. Kasut ja kasut sekolah, haha. Start ja muzik, mulala dia. Dapat tepukan paling gemuruhla sepanjang majlis td.

Tapi, lepas part dia baling topi tue. Pucat. Berdiri ja depan tue. Baru rasa nervous kot. Huhu. Lepas tue teacher bg dia lg satu peluang menari. Siap panggil mummy daddy dia naik atas stage bg kata-kata semangat nie. Tapi last-last dia dok macam tue jugak. Haha, sian dia. Kalau kita kat tempat dia pun confirm rasa nervous kan. Bila tanya dia lepas tue dia cakap terkejut nampak orang ramai sgt. Malu, hihi.

Yang lagi gempaknya, si Syamim nie dapat Best Student Junior4 tau. Cayalah Syamim. Menari pandai mengaji pun pandai. Bangga kakak, hehe. Sampai nangis-nangisla mummy dia x sangka anak dia Best Student walaupun baru tadika kan.

What a happy and glorious day. Syok.

p/s: Moga anak-anak aku nanti pun best student dan berbakat semuanya. Ameen!! ((=

Saturday, November 13, 2010

Esaimen berbayar.

X paham?? Assignment yang orang mintak tolong kita buat tapi dapat upahlaaa. Hehe. Buat-buat x tau pulak kan.

Sepatutnya lepas dah habis paper final kita rehatkan minda ka, pi jalan-jalan ka, tidoq sampai x ingat dunia ka, kan2? Well, that’s exactly like me tapi apa salahnya kita buat duet lebih kan alang-alang dok saja nie. Alaa, x rugi pown cuma sakit kepala sikit kot dok pikiaq nak taip apa kalo kena esaimen tue esaimen management kan.( Dah ada experience tue yg cakap, hihi.) Jenuhla nak karang apa pun kami x tau. Jumlah esaimen berbayar tue dua ja or should I say esaimens? Hehe. Satu esaimen statistic lagi satu esaimen management. (See, I tell you.)

Cakap pasal habis final nie, minggu depan dah nak raya kan. Raya haji pulak. Bestla, boleh makan daging rebus cicah air asam tiap-tiap hari kan. Adoii, sedapnyaa. Tambah2 air asam mama buat, mmuuaahh!! Nombot satu punyalah, hehe. Incik gemok sila jgn biarkan diri anda jeles yew. Huhu.

To all Muslims, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mkn daging tue jgn sampai x ingat duniiya. Seminggu barula nak hadam tau. Kihkihkih.